Bahaya melecur akibat
makanan yang terpercik!
Risiko melecur kerana
mendidih keluar!
Bahaya pelecuran akibat
limpahan bahan isian panas!
Bahaya pelecuran akibat
wap panas!
Apabila memasak atau memproses makanan panas, makanan panas boleh
terpercik keluar dan menyebabkan melecur.
•
Dilarang sama sekali untuk melebihi kapasiti maksimum periuk memasak
sebanyak 2.2 liter (tanda "max").
•
Pastikan bukaan dalam penutup periuk pencampur bebas dari sebarang bahan
memasak.
•
Jika anda tidak menggunakan bakul reneh di dalam mangkuk adunan, hanya
gunakan bakul reneh atau periuk Varoma yang terletak longgar untuk proses
memasak melebihi suhu 95 °C bagi melindungi daripada percikan dari bukaan
penutup mangkuk adunan.
•
Letakkan cawan pengukur pada penutup mangkuk adunan untuk mengelakkan
tumpahan semasa mengadun, mencincang atau memurikan makanan panas.
•
Tuangkan cecair secara berhati-hati ke dalam periuk memasak.
•
Berhati-hati mengeluarkan periuk memasak yang menpunyai kandungan dari
unit asas untuk mengelakkan kandungan dari tertumpah atau terpercik.
Khususnya, jika anda menyediakan kuantiti makanan yang lebih banyak pada suhu
tinggi (> 90 °C) menyimpang daripada spesifikasi resipi, makanan boleh mendidih
keluar, terpercik dari mangkuk adunan dan melecurkan anda.
•
Jangan sekali-kali melebihi kapasiti maksimum mangkuk adunan sebanyak 2.2
liter (tanda "maks").
•
Berhati-hati apabila bekerja dengan suhu yang tinggi.
•
Sekiranya didihan terlalu panas, tekan pemilih untuk mematikan peralatan.
Kelajuan terlalu tinggi dalam kombinasi dengan suhu tinggi, bahan masakan
mungkin terpercik keluar dan menyebabkan kecederaan.
•
Jangan gunakan mod Turbo dengan makanan panas atau cecair melebihi 60 ° C.
•
Tingkatkan kelajuan sedikit demi sedikit ketika memproses bahan makanan
panas.
Ketika proses memasak, terutamanya apabila menggunakan fungsi Varoma®, wap
panas terhasil yang boleh menyebabkan pelecuran.
•
Sila jauhkan diri dari wap.
•
Jangan sentuh atau tutup cawan pengukur semasa memproses makanan
panas.
•
Pastikan beberapa slot dari bekas Varoma® dan pelantar memasak Varoma®
tidak dilindungi oleh bahan makanan agar membolehkan pengeluaran wap
stim.
•
Pastikan bekas Varoma® diletakkan dengan betul di dalam periuk memasak,
supaya bekas Varoma® tersebut tidak terbalik. Jangan sesekali meletakkan
Varoma® diatas pengawal percikan.
•
Sekiranya anda mengeluarkan Varoma® dari penutup periuk memasak, pastikan
Varoma® sentiasa ditutup dengan penutupnya.
•
Apabila membuka penutup Varoma®, jauhkan penutup tersebut dari muka dan
badan anda untuk mengelakkan dari terkena wap panas.
Thermomix® TM6
ms
97