Télécharger Imprimer la page

Thermomix TM6 Manuel D'utilisation page 100

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 4
Risiko kesihatan akibat
pembiakan kuman!
Risiko kesihatan akibat
aksesori yang rosak!
Bahaya kebakaran akibat
permukaan panas!
Bahaya luka akibat objek
tajam!
Risiko kecederaan akibat
tersepit!
Risiko kesihatan akibat sisa
pengeluaran!
100
Makanan akan ditapai dengan suhu rendah yang boleh menyebabkan pembiakan
kuman yang tidak diingini.
Pastikan kebersihan sepanjang kerja persediaan masakan.
Masukkan makanan yang ditapai dengan segera ke dalam peti sejuk selepas
kerja persediaan masakan tamat.
Secara umumnya, semua aksesori Thermomix® direka untuk penggunaan yang
khusus pada atau dengan peralatan dan boleh rosak jika digunakan untuk tujuan
yang lain.
Jangan gunakan aksesori Thermomix® untuk tujuan lain, terutamanya pada
suhu tinggi.
Jangan gunakan spatula dalam periuk atau kuali panas.
Jangan gunakan sambungan untuk mengacau makanan lebih daripada dua jam
(untuk proses memasak yang lama: memasak perlahan, memasak sous vide,
fermentasi) kerana masalah kesihatan tidak dapat dikecualikan.
Sekiranya komponen aksesori rosak, berhenti dari menggunakannya dan
gantikannya dengan serta-merta.
Dalam penyediaan makanan, periuk pencampur dan aksesori yang digunakan juga
akan menjadi panas. Anda berisiko untuk cedera disebabkan bahagian yang panas
ini setelah selesainya proses memanas.
Sila kendalikan periuk pencampur, pengisar dan aksesori dengan berhati-hati,
terutamanya semasa dan selepas penyediaan makanan yang panas.
Pegang komponen panas hanya dengan pemegang dan tenpat yang ditetapkan.
Biarkan periuk memasak dan pengisar untuk sejuk secukupnya sebelum
membuka periuk memasak dan mengeluarkan pengisar.
Bilah pengisar adalah tajam dan ia boleh melukakan anda.
Sila kendalikn pengisar dengan berhati-hati.
Jangan sentuh pengisar pada bilahnya.
Berhati-hatilah untuk tidak menjatuhkan bilah pengisar apabila
mengeluarkannya.
Jangan menyentuh bahagian dalam periuk masakan.
Jauhkan bahagian badan dan rambut daripada pengisar.
Anda boleh tersepit oleh lengan pengunci unit asas atau di bawah penutup
berkunci.
Elakkan dari bersentuhan dengan bahagian yang bergerak.
Jauhkan rambut dan pakaian dari bahagian yang bergerak.
Jangan sentuh lengan pengunci atau penutup semasa mekanisme pengunci
sedang membuka atau menutup.
Keadaan pengeluaran mungkin menghasilkan sisa-sisa pada komponen peralatan
yang tidak sesuai untuk dimakan. Mana-mana sisa pengeluaran boleh
membahayakan kesihatan anda.
Basuh dengan teliti semua komponen dan aksesori yang mungkin bersentuhan
dengan makanan sebelum digunakan dahulu.

Publicité

loading

Produits Connexes pour Thermomix TM6