Pengurusan Kad Dwi-SIM
(peranti dwi-SIM sahaja)
Peranti anda menyokong dwi-SIM dwibersedia. Pilih kad
data mudah alih dan kad panggilan lalai mengikut
keperluan. Untuk butiran, periksa aplikasi Tip yang
diprapasang.
•
Perkhidmatan 4G dan 5G bergantung pada
sokongan pembawa rangkaian anda dan
pengaturan kedudukan perkhidmatan berkenaan.
Sila hubungi pembawa anda untuk mengaktifkan
perkhidmatan 4G atau 5G.
•
Jika anda telah memasukkan dua kad SIM, hanya
kad data mudah alih lalai boleh menyokong
perkhidmatan 5G.
•
Perkhidmatan 4G dan 5G mungkin tidak tersedia
di sesetengah kawasan disebabkan gangguan
rangkaian.
•
Jika panduan ini tidak konsisten dengan
penerangan pada tapak web rasmi, penerangan
pada tapak web rasmi akan mengatasi yang lain.
Untuk Maklumat Lebih Lanjut
Jika anda mengalami sebarang masalah semasa
menggunakan peranti anda, anda boleh mendapatkan
bantuan daripada sumber yang berikut:
•
Lawati https://consumer.huawei.com/en untuk melihat
maklumat peranti, soalan lazim, dan maklumat yang
lain.
•
Lawati https://consumer.huawei.com/en/support untuk
maklumat hubungan terkini bagi negara atau kawasan
anda.
•
Pergi ke Tetapan dan masukkan kata kunci berikut
dalam kotak carian untuk melihat maklumat
berkaitan. Cth. Perundangan, Maklumat
keselamatan, Maklumat pengesahan, Logo
persijilan.
Maklumat Keselamatan
Sila baca semua maklumat keselamatan dengan teliti
sebelum penggunaan peranti anda untuk memastikan
23