Télécharger Imprimer la page

Philips FC9259 Mode D'emploi page 60

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 25
Bahasa MElayu
60
pembersihan dan penyelenggaraan
Gunakan pemegang bersih penuras untuk membersihkan silinder penuras setelah setiap sesi
memvakum.
Membersihkan timba habuk dan unit silinder penuras
Sentiasa cabut plag perkakas sebelum anda mengosongkan timba habuk.
Timba habuk tidak kalis mesin basuh pinggan mangkuk.
Kosongkan timba habuk sebaik sahaja paras habuk telah mencecah cakera bulat pada sarung silinder
penuras.
1
Matikan perkakas dan keluarkan plag sesalur kuasa daripada soket dinding.

Untuk mencabut hos, tekan butang pelepas (1) dan tarik hos keluar daripada perkakas
(2) (Gamb. 6).

Untuk membuka kunci penutup, tekan butang pelepas penutup (1). Ayunkan penutup supaya
terbuka (2). (Gamb. 33)

Angkat timba habuk keluar daripada perkakas (Gamb. 34).
5
Tekan butang pelepas untuk unit silinder penuras pada pemegang timba (1) dan keluarkan unit
silinder penuras (2) (Gamb. 35).
6
Pegang timba habuk di atas tong sampah dan buangkan isinya (Gamb. 36).
7
Bersihkan timba habuk dengan air paip sejuk dan sedikit cecair pembersih.
8
Jika anda hendak membersihkan unit silinder penuras, keluarkan silinder penuras daripada
sarung silinder penuras. Pegang sarung silinder penuras dengan satu tangan. Pegang bahagian
atas silinder penuras (bukan pemegangnya) dengan tangan satu lagi dan putarkannya melawan
arah jam (1). Kemudian angkat silinder penuras keluar daripada sarung (2) (Gamb. 37).
9
Untuk membersihkan silinder penuras, ketuknya perlahan-lahan pada tong sampah untuk
mengeluarkan semua habuk halus daripada silinder penuras. (Gamb. 38)
Jika anda berulang kali gagal memutarkan pemegang bersih penuras apabila lampu peringatan bersih
penuras (bagi jenis tanpa paparan) atau simbol peringatan bersih penuras pada paparan (bagi
perkakas dengan paparan) menyala, silinder penuras tersumbat dengan habuk dan kuasa sedutan
berkurangan dengan masa.
Jika perkara ini berlaku, buang sumbatan silinder penuras dengan cara yang berikut:
-
Pegang silinder penuras di atas tong sampah dan bersihkannya dengan berus pembersih yang
disediakan. Berus perlahan-lahan dari bahagian atas penuras ke bawah sepanjang rabung
penuras (Gamb. 39).
Hanya gunakan berus pembersih yang disediakan bersama perkakas. Berus lain mungkin
merosakkan silinder penuras.
Silinder penuras tidak kalis air dan tidak boleh dibersihkan dengan air, agen pembersih atau bahan
mudah terbakar.
Nota: Pembersihan penuras tidak akan kembalikan warna asal penuras tetapi boleh mengembalikan
kuasa penurasannya.
10
Untuk membersihkan sarung silinder penuras, gunakan kain kering atau berus pembersih yang
disediakan. Anda juga boleh membersihkannya dengan air paip sejuk dan sedikit cecair
pembersih (Gamb. 40).
-
Jangan bersihkan sarung silinder penuras dengan silinder penuras di dalamnya di bawah paip,
kerana silinder penuras tidak kalis air (Gamb. 41).
All manuals and user guides at all-guides.com

Publicité

loading

Ce manuel est également adapté pour:

Fc9250