Télécharger Imprimer la page

Philips FC9259 Mode D'emploi page 58

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 25
Bahasa MElayu
58
bersama atau tanpa gegenggam tangan LindungPostur (jenis tertentu sahaja), tekan butang
pelepas tiub (1) dan tarik tiub keluar daripada gegenggam tangan standard (Gamb. 13).

Untuk menyambungkan tiub kepada muncung, tekan butang kunci yang dimuat spring pada
tiub dan masukkan tiub ke dalam muncung. Masukkan butang kunci yang dimuat spring ke
dalam bukaan di dalam muncung ('klik') (Gamb. 14).

Laraskan panjang tiub demikian rupa sehingga tangan yang memegang gegenggam tangan
standard berada pada paras pinggul (Gamb. 15).
Muncung tri-aktif (jenis tertentu sahaja)
Muncung Tri-Aktif adalah muncung serba guna untuk permaidani dan lantai keras.
-
Berus sisi menangkap lebih banyak habuk dan kotoran di sisi muncung dan membolehkan anda
membersihkan dengan lebih baik di sepanjang perabot dan halangan lain (Gamb. 16).
-
Pembukaan di hadapan muncung membolehkan anda menyedut partikel yang lebih
besar (Gamb. 17).
1
Gunakan tetapan lantai keras untuk membersihkan lantai keras (contohnya lantai jubin, parket,
lantai berlamina dan berlinoleum): tolak suis rocker yang terletak di atas muncung dengan
kaki anda untuk mengeluarkan jalur berus daripada petaknya. Pada masa yang sama, roda
diangkat untuk mengelak daripada tercalar dan untuk meningkatkan
kebolehkendalian (Gamb. 18).

Gunakan tetapan permaidani untuk membersihkan permaidani: tolak suis rocker sekali lagi
untuk menghilangkan jalur berus supaya masuk ke dalam petak muncung. Roda diturunkan
secara automatik (Gamb. 19).
alat ceruk, muncung kecil dan tambahan berus
1
Sambungkan alat ceruk (1) atau muncung kecil () sama ada dengan atau tanpa tambahan
berus pada gegenggam tangan standard atau kepada tiub secara langsung (Gamb. 20).
tambahan berus
1
Untuk memasang tambahan berus, luncurkannya masuk ke bahagian bawah muncung kecil
('klik') (Gamb. 21).

Untuk membuka tambahan berus, luncurkannya keluar daripada bahagian bawah muncung
kecil (Gamb. 22).
pemegang aksesori
1
Luncurkan pemegang aksesori ke atas gegenggam tangan ('klik') (Gamb. 23).

Tolak aksesori ke atas pemegang. (Gamb. 24)

Untuk menanggalkan pemegang aksesori, picit tuil pelepas bersama-sama (1) dan luncurkan
pemegang aksesori keluar daripada gegenggam tangan (2) (Gamb. 25).
Menggunakan perkakas
1
Tarik kord keluar daripada perkakas dan masukkan plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding.

Tekan butang hidup/mati di atas perkakas untuk menghidupkan perkakas (Gamb. 26).
Petua: Untuk mengelakkan daripada membongkokkan tulang belakang anda, tekan butang hidup/mati
dengan kaki anda.
Pembersih vakum mula beroperasi pada tahap kuasa sedutan yang paling tinggi.
,
Jenis tertentu sahaja: Pemasa pada paparan menunjukkan tempoh masa anda telah
,
menggunakan pembersih vakum. Dalam masa minit yang pertama, masa ditunjukkan dalam
saat. Selepas minit yang pertama, simbol jam berkelip dan masa ditunjukkan dalam minit.
All manuals and user guides at all-guides.com

Publicité

loading

Ce manuel est également adapté pour:

Fc9250