JADIKAN JABRA SP200 BERPASANGAN DENGAN
TELEFON MUDAH ALIH ANDA
Pembesar suara telefon boleh disambungkan kepada telefon
mudah alih menggunakan prosedur yang dipanggil 'berpasangan'.
Dengan mengikuti beberapa langkah mudah, telefon boleh
dijadikan berpasangan dengan pembesar suara telefon dalam
hanya beberapa minit.
1 Letakkan pembesar suara telefon dalam mod berpasangan
- apabila anda menghidupkan Jabra SP200 untuk pertama
kali, pembesar suara telefon akan bermula dalam mod
berpasangan secara automatik - iaitu ia boleh dikesan oleh
telefon anda. apabila pembesar suara telefon berada dalam
mod berpasangan, LED biru akan menyala dengan pantas.
2 Tetapkan Bluetooth telefon anda untuk 'gelintar' Jabra
SP200
- ikuti panduan arahan telefon anda. Pertama sekali, pastikan
bluetooth tersebut diaktifkan pada telefon mudah alih anda.
Kemudian, tetapkan telefon anda untuk mencari peranti. ini
selalunya melibatkan untuk pergi kepada menu 'persediaan',
'sambung' atau 'bluetooth' pada telefon anda dan memilih
pilihan untuk 'gelintar' atau 'tambah' peranti bluetooth.*
3 Telefon anda akan mencari Jabra SP200
- Telefon anda akan mencari pembesar suara telefon di bawah
nama "Jabra SP200". Kemudian, telefon anda akan bertanya
jika anda mahu menjadikannya berpasangan dengan Jabra
SP200. Terima dengan menekan 'Ya' atau 'OK' pada telefon dan
sahkannya dengan kunci khas atau Pin = 0000 (4 sifar). Telefon
anda akan mengesahkan apabila berpasangan selesai.
CONNECTIVITY
MobilSurf
BLUETOOTH
infrared port
Wap options
Synchronization
networks
SELECT
* bergantung pada telefon
DEVICES FOUND
Jabra SP200
SELECT
Jabra SP200
Jabra SP200
Passkey:
****
OK
HANDSFREE
Jabra SP200
added.
The handsfree is
now ready for use
SELECT
6