Huawei MateBook X Pro Démarrage Rapide page 103

Masquer les pouces Voir aussi pour MateBook X Pro:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 20
Stesen dok: AD11
Tetikus Bluetooth: AF30
Versi perisian produk ialah 1.5.0.7(C001). Kemas kini perisian akan dikeluarkan oleh pengeluar untuk
membetulkan pepijat atau meningkatkan fungsi selepas produk dikeluarkan. Semua versi perisian yang
dikeluarkan oleh pengeluar telah disahkan dan masih mematuhi peraturan yang berkaitan.
Semua parameter RF (contohnya, julat frekuensi dan kuasa output) tidak boleh diakses dan tidak boleh
ditukar oleh pengguna.
Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang aksesori dan perisian, sila lihat DoC (Pengisytiharan
Pematuhan) di http://consumer.huawei.com/certification.
Maklumat Produk ErP
Huawei Technologies Co., Ltd. dengan ini mengisytiharkan bahawa produknya mematuhi Energy-related
Products Directive (ErP) 2009/125/EC. Untuk maklumat ErP yang terperinci dan panduan pengguna yang
diperlukan oleh Commission Regulation, sila lawati: http://consumer.huawei.com/en/certification.
HUAWEI MateBook mempunyai antara muka input penyesuai USB-C tersendiri. Jangan sambungkan
MateDock ke MateBook anda apabila MateBook dimatikan kuasa.
Pematuhan Perundangan FCC
Pengendalian dipakai pada badan
Peranti mematuhi spesifikasi RF apabila digunakan berdekatan telinga anda atau pada jarak 0.0 cm dari
badan anda. Pastikan aksesori peranti seperti bekas peranti dan pemegang peranti tidak mempunyai
komponen logam. Pastikan peranti jauh dari badan anda untuk memenuhi keperluan jarak.
Maklumat Pensijilan (SAR)
Peranti ini juga direka bentuk untuk memenuhi keperluan pendedahan kepada gelombang radio yang
disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (AS).
Had SAR yang diguna pakai oleh AS ialah 1,6 W/kg dipuratakan pada satu gram tisu. Nilai SAR tertinggi
dilaporkan kepada FCC untuk jenis peranti ini mematuhi had ini.
Nilai SAR tertinggi dilaporkan kepada FCC untuk jenis peranti ini apabila digunakan dalam keadaan
pendedahan yang boleh dialihkan ialah 0.76 W/kg.
Kenyataan FCC
Peralatan ini telah diuji dan mematuhi had untuk peranti digital Kelas B, menurut Bahagian 15 Peraturan
FCC. Had ini direka untuk memberikan perlindungan yang munsabah terhadap gangguan yang
merbahaya dalam pemasangan kediaman. Peralatan ini menjana, menggunakan dan boleh
memancarkan tenaga frekuensi radio dan, jika tidak dipasang dan digunakan mengikut arahan, boleh
menyebabkan gangguan yang berbahaya kepada komunikasi radio. Walau bagaimanapun, tiada
jaminan gangguan tidak akan berlaku dalam pemasangan tertentu. Jika peralatan ini tidak
menyebabkan gangguan yang berbahaya kepada penerimaan radio atau televisyen, yang boleh
ditentukan dengan mematikan dan menghidupkan peralatan, pengguna digalakkan untuk cuba
membetulkan gangguan dengan satu atau lebih daripada langkah berikut:
--Mengorientasikan semula atau menempatkan semula antena penerima.
--Tingkatkan pemisahan antara peralatan dan penerima.
--Sambung peralatan ke dalam outlet pada litar yang berbeza daripada yang penerima disambungkan.
--Rujuk pengedar atau juruteknik radio/TV untuk bantuan.
Peranti ini mematuhi Bahagian 15 Peraturan FCC. Operasi adalah tertakluk kepada dua keadaan berikut:
(1) peranti ini tidak menyebabkan gangguan yang merbahaya, dan (2) peranti ini harus menerima mana-
mana gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang menyebabkan operasi yang tidak diingini.
99

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières