Philips AVENT SCF330 Manuel D'utilisation page 32

Masquer les pouces Voir aussi pour AVENT SCF330:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 18
BahaSa MElayu
32
5
Tempatkan kusyen urutan ke dalam bahagian berupa corong pada badan pam. Tolak masuk
bahagian dalam kusyen urutan sejauh yang boleh dan pastikan ia terkedap sepenuhnya di
sekeliling bibir badan pam. Tekan di antara kelopaknya untuk mengeluarkan sebarang udara
yang terperangkap (Gamb. 6).
Nota: Tempatkan penutup di atas kusyen urutan untuk mengekalkan kebersihan pam susu badan
sambil anda bersedia untuk memerah.
Menggunakan pam susu badan
Masa sesuai untuk mengepam susu badan
Anda dinasihatkan (kecuali dinasihatkan sebaliknya oleh profesional jagaan kesihatan/penasihat
penyusuan ibu anda) untuk menunggu sehingga bekalan susu anda dan jadual penyusuan bayi
teratur (biasanya sekurang-kurangnya 2 hingga 4 minggu selepas bersalin).
Pengecualian:
-
Jika anda mengepam susu bagi bayi anda untuk diberi di hospital.
-
Jika buah dada anda kereningan (sakit atau bengkak): anda akan dapat mengepam sedikit susu
sebelum atau di antara penyusuan untuk mengurangkan rasa sakit dan untuk membantu bayi
anda melekap dengan lebih mudah.
-
Jika anda mengalami puting yang sakit atau pecah-pecah, anda mungkin hendak menggunakan
pam sehingga ia sembuh.
-
Jika anda terpisah dari bayi anda dan hendak meneruskan menyusukannya apabila bersamanya
semula, anda hendaklah mengepam susu anda dengan berkala untuk merangsang bekalan susu anda.
Anda perlu mendapatkan waktu yang optimum untuk mengepam susu anda, seperti sejurus
sebelum atau selepas penyusuan pertama bayi anda pada waktu pagi apabila buah dada anda
penuh susu, atau selepas penyusuan jika bayi anda telah tidak menghabiskan susu pada kedua-dua
belah. Jika anda kembali bekerja, anda mungkin perlu mengepam pada waktu rehat.
Menggunakan pam susu badan memerlukan latihan dan anda perlu membuatnya beberapa kali
sebelum anda berjaya. Untunglah pam susu badan manual AVENT Philips adalah mudah dipasang
dan digunakan, jadi anda akan terbiasa memerah dengannya.
petua
-
Biasakan diri anda dengan pam susu badan dan bagaimana hendak mengendalikannya sebelum
anda menggunakannya buat kali pertama.
-
Pilih masa apabila anda tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu.
-
Gambar bayi anda dapat membantu menggalakkan refleks 'melepaskan'.
-
Kehangatan dapat juga membantu: cuba mengepam selepas mandi, atau letakkan kain yang
hangat atau Thermopad AVENT Philips pada buah dada selama beberapa minit sebelum anda
mula memerah.
-
Anda mungkin akan dapati lebih mudah untuk mengepam sambil bayi anda menyusu pada
buah dada yang satu lagi, atau serta-merta selepas penyusuan.
-
Jika memerah susu menyakitkan, hentikan dan hubungi penasihat penyusuan ibu anda.
Mengendalikan pam susu badan
1
Basuh tangan anda dengan menyeluruh dan pastikan buah dada anda adalah bersih.
2
Bertenang di atas kerusi yang selesa (anda mungkin hendak menggunakan kusyen untuk
menyokong belakang anda). Pastikan anda mempunyai segelas air berdekatan.
3
Tekan pam susu badan yang telah dipasang pada buah dada anda. Pastikan puting anda di
tengah, agar kusyen urutan mewujudkan keadaan kedap udara.

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières