Philips EasyLife FC8138 Mode D'emploi page 39

Masquer les pouces Voir aussi pour EasyLife FC8138:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 18
Bersedia untuk menggunakan
hos
1
Untuk menyambungkan hos, tekan ia ke dalam perkakas ('klik') (Gamb. 2).
2
Untuk menanggalkan hos, tekan butang pelepas (1) dan tarik penyambung hos keluar daripada
bukaan sambungan hos (2). (Gamb. 3)
tiub teleskop
1
Untuk menyambungkan tiub kepada gegenggam tangan pada hos, masukkan bahagian yang
sempit ke dalam bahagian yang lebih lebar sambil memusingkannya sedikit (Gamb. 4).
Untuk menanggalkan tiub, tarik sambil memusingkannya sedikit.
2
Laraskan tiub teleskop agar panjangnya selesa bagi anda semasa memvakum. Tekan gelangsar
pada tiub (1) dan tekan bahagian bawah tiub ke bawah atau tarik ke atas (2) (Gamb. 5).
Muncung gabungan
Anda boleh menggunakan muncung gabungan pada permaidani (dengan jalur berus dilipat ke dalam)
atau pada lantai keras (dengan jalur berus dilipat ke luar).
-
Untuk membersihkan lantai keras, tolak suis rocker pada bahagian atas muncung gabungan
menggunakan kaki anda agar jalur berus keluar daripada perumah muncung. (Gamb. 6)
-
Untuk membersihkan permaidani, tolak suis rocker pada sebelah yang satu lagi agar jalur berus
hilang ke dalam perumah. (Gamb. 7)
Muncung lantai keras (jenis tertentu sahaja)
-
Muncung lantai keras telah direka bentuk untuk pembersihan lembut lantai keras (Gamb. 8).
pemegang aksesori
Anda boleh menyimpan dua aksesori di dalam pemegang aksesori sekali gus.
1
Sambungkan pemegang aksesori kepada tiub (1) dan kemudian sambungkan hos kepada
pemegang aksesori (2) (Gamb. 9).
2
Untuk menyimpan aksesori di dalam pemegang aksesori, tolak ia ke atas
pemegang (Gamb. 10).
Muncung ceruk, muncung kecil dan muncung berus (jenis tertentu sahaja)
1
Sambungkan muncung ceruk, muncung kecil atau muncung berus (jenis tertentu sahaja)
kepada gegenggam hos atau kepada tiub. Untuk melakukannya, masukkan gegenggam atau tiub
ke dalam aksesori sambil memusingkannya sedikit. (Gamb. 11)
-
Gunakan muncung ceruk untuk membersihkan sudut yang sempit atau kawasan yang sukar dicapai.
-
Gunakan muncung kecil untuk membersihkan kawasan kecil, seperti pada tempat duduk pada
kerusi dan sofa.
-
Jenis tertentu sahaja. Gunakan muncung berus untuk membersihkan komputer, rak buku, dsb.
Berus turbo mini (jenis tertentu sahaja)
Berus turbo mini direka bentuk khusus untuk menangkap rambut dan bulu haiwan serta bulu
daripada perabot dan tilam. Berus unik di dalam berus turbo mini melonggarkan bulu tersebut
daripada kain agar ia dapat ditangkap oleh pembersih vakum. Berus turbo mini boleh dilekatkan pada
gegenggam tangan hos atau kepada tiub teleskop.
1
Untuk memasang berus turbo mini, masukkannya ke dalam gegenggam atau tiub teleskop
sambil memutarkannya sedikit.
2
Untuk menanggalkan berus turbo mini, tarik ia keluar daripada gegenggam atau tiub teleskop
sambil memutarkannya sedikit.
Bahasa MElayu
39

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières