HyperIce Hypervolt 2 Mode D'emploi page 89

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 7
SIMPAN ARAHAN INI
Hypervolt 2 ialah peranti urutan perkusi pegang yang mengalirkan denyutan tekanan yang
disasarkan untuk penjagaan otot, mengurangkan ketegangan, memberikan urutan santai,
mencepatkan pemanasan dan pemulihan serta membantu pengguna mengekalkan
kefleksibelan dan kemampuan untuk melakukan pelbagai gerakan.
PENGENDALIAN
ON (HIDUPKAN) Hypervolt 2 anda dengan menekan butang kuasa/tetapan kelajuan selama
tiga saat. Sebaik sahaja peranti anda dihidupkan, penunjuk tahap bateri (jalur LED) di bahagian
bawah pemegang akan menyala. Tekan butang kuasa/tetapan kelajuan sekali lagi untuk
memilih kelajuan satu. Hypervolt 2 anda kini sedia untuk digunakan. Tukar kelajuan (1-3)
dengan menekan butang kuasa/tetapan kelajuan satu kali bagi setiap kelajuan. Lampu akan
menunjukkan kelajuan semasa.
MENUKAR ALAT TAMBAHAN KEPALA
Hanya tukar alat tambahan selepas tetapan kelajuan dimatikan dan alat tambahan kepala
berhenti bergerak. Untuk menukar alat tambahan kepala, tarik keluar alat tambahan kepala
sedia ada secara lurus untuk menanggalkan alat tambahan tersebut, kemudian masukkan
kepala yang dikehendaki terus ke dalam bukaan sambil menolak kepala dengan kuat. Untuk
alat tambahan kepala Garpu, luruskan tab pada garpu dengan alur pada bukaan dan tolak
kepala dengan kuat.
MENGECAS
Caskan bateri sepenuhnya sehingga empat jam sebelum digunakan buat kali pertama.
Untuk mengecas, sambungkan hujung DC pengecas 18V yang dibekalkan kepada port
pengecasan di bahagian bawah pemegang dan sambungkan plag pengecas kepada salur
keluar kuasa pada dinding. Jalur lampu LED akan berdenyut untuk menunjukkan paras bateri
dan pengecasan aktif. Warna jalur lampu LED sepadan dengan tahap pengecasan daripada
merah (rendah) kepada hijau (dicas sepenuhnya). Cas penuh ditunjukkan apabila jalur LED
kekal hijau dan menyala sepenuhnya. Bateri boleh dicas semula pada bila-bila masa dan
pada sebarang paras bateri. Anda tidak disyorkan untuk menggunakan bateri sepenuhnya
sehingga paras LED merah. Masa penggunaan purata ialah 2+ jam bergantung pada tahap
kelajuan dan tekanan yang dikenakan semasa menggunakan peranti.
PEMBERSIHAN DAN PENYIMPANAN
Pastikan kuasa OFF (DIMATIKAN) dan pengecas bateri tidak dipasangkan. Lap Hypervolt
2 anda dengan lembut menggunakan kain yang lembap dan bersih. Simpan peranti di
tempat yang bersih, sejuk, kering dan jauh daripada cahaya matahari langsung apabila tidak
digunakan.
MENYAMBUNG KEPADA APLIKASI HYPERICE
Untuk menyambungkan peranti anda kepada Aplikasi Hyperice melalui Bluetooth®, pastikan
peranti anda dihidupkan, Bluetooth® dihidupkan pada telefon anda dan peranti anda
berdekatan. Pilih rutin dalam Aplikasi Hyperice dan jika digesa, ketik "Scan for Devices"
(Imbas untuk Mengesan Peranti). Pilih peranti anda apabila senarai pilihan dipaparkan pada
skrin. HyperSmart™ akan menghidupkan peranti anda secara automatik serta melaraskan
kelajuan dan keamatan semasa anda mengikuti rutin.

Publicité

Table des Matières
loading

Produits Connexes pour HyperIce Hypervolt 2

Table des Matières