HyperIce Hypervolt 2 Mode D'emploi page 87

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 7
MS
UNTUK MENGURANGKAN RISIKO RENJATAN ELEKTRIK, KEBAKARAN DAN
KECEDERAAN DIRI ATAU KEROSAKAN HARTA BENDA, PERANTI INI PERLU
DIGUNAKAN MENGIKUT AMARAN, PERINGATAN DAN ARAHAN KESELAMATAN
BERIKUT.
ARAHAN KESELAMATAN
PENTING - ARAHAN ASAL
Baca semua arahan sebelum menggunakan Hypervolt 2.
BAHAYA
Untuk mengurangkan risiko renjatan elektrik:
• Sentiasa cabut plag peranti ini daripada salur keluar kuasa elektrik dengan segera selepas
menggunakan dan sebelum membersihkan peranti.
• Jangan ambil peranti yang terjatuh dalam air. Cabut plag serta-merta.
• Jangan gunakan peranti semasa mandi atau di bawah pancuran air.
• Jangan letakkan atau simpan peranti di tempat yang boleh menyebabkan item tersebut
terjatuh atau tertarik ke dalam tab mandi atau singki. Jangan letakkan atau jatuhkan peranti
ke dalam air atau cecair lain.
AMARAN
Untuk mengurangkan risiko melecur, kebakaran, renjatan elektrik atau kecederaan:
• Peranti tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan semasa peranti disambungkan kepada
salur keluar kuasa. Cabut plag peranti ini daripada salur keluar kuasa apabila tidak
digunakan dan sebelum memasang atau menanggalkan bahagian pada peranti.
• Jangan kendalikan peranti di bawah selimut atau bantal. Pemanasan yang melampau boleh
berlaku dan menyebabkan kebakaran, renjatan elektrik atau kecederaan.
• Peranti ini boleh digunakan oleh kanak-kanak yang berumur 8 tahun ke atas dan orang
yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental atau kurang berpengalaman dan
pengetahuan jika mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini
secara selamat dan memahami bahaya yang mungkin berlaku.
• Gunakan peranti ini hanya untuk tujuan yang diterangkan dalam manual ini. Jangan
gunakan alat tambahan yang tidak disyorkan oleh pengilang.
• Jangan sekali-kali kendalikan peranti ini jika kord atau plag peranti rosak, jika peranti tidak
berfungsi dengan betul, jika peranti terjatuh atau rosak atau jika peranti basah. Kembalikan
peranti ke pusat servis untuk pemeriksaan dan pembaikan.
• Jangan bawa peranti ini dengan memegang pada kord bekalan atau menggunakan
kord sebagai pemegang.
• Jauhkan kord dari permukaan yang panas.
• Jangan sekali-kali kendalikan peranti dengan bukaan udara yang terhalang. Pastikan
bukaan udara bebas daripada lin, rambut atau sebarang bahan yang boleh mengganggu
aliran udara.
• Jangan sekali-kali jatuhkan atau masukkan objek ke dalam mana-mana bukaan.
• Jangan gunakan peranti di luar bangunan.

Publicité

Table des Matières
loading

Produits Connexes pour HyperIce Hypervolt 2

Table des Matières