Télécharger Imprimer la page

Philips sonicare HealthyWhite Mode D'emploi page 31

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 43
6 Jauhkan kord daripada permukaan yang panas.
7 Jangan gunakan pengecas di luar bangunan.
8 Produk ini tidak mengandungi bahagian yang boleh diservis
pengguna. Rujuk pada 'Jaminan dan sokongan' jika produk tidak
lagi berfungsi dengan betul atau memerlukan pembaikan.
9 Gunakan produk ini hanya untuk tujuan yang dihuraikan dalam
dokumen ini atau disyorkan oleh profesional pergigian anda.
10 Produk ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria
atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan
penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatannya.
11 Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa
mereka tidak bermain dengan produk ini.
12 Berus gigi Philips Sonicare adalah alat penjagaan peribadi dan
bukan dimaksudkan untuk digunakan pada berbilang pesakit
dalam pejabat atau institusi pergigian.
AMARAN PERUBATAN
1
Rujuk profesional pergigian anda sebelum anda menggunakan
produk ini jika anda telah menjalankan pembedahan oral atau gusi
dalam tempoh 2 bulan yang lalu.
2 Hubungi profesional pergigian anda jika gigi anda berdarah
dengan banyak selepas menggunakan produk ini atau jika
pendarahan itu berterusan selepas 1 minggu penggunaan.
3 Berhenti menggunakan produk ini dan hubungi doktor/doktor gigi
jika anda mengalami ketidakselesaan atau kesakitan.
4 Produk ini mematuhi standard keselamatan untuk peranti
elektromagnet. Jika anda mempunyai perentak jantung atau
peranti lain yang diimplan, hubungi doktor anda atau pengilang
peranti sebelum menggunakannya.
5 Rujuk doktor anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan
perubatan lain.
Bahasa Melayu
31

Publicité

loading