Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual arahan ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifi k yang boleh didapati pada masa ini.
Bersedia untuk menggunakannya
1
Basuh semua bahagian boleh tanggal (lihat bab 'Membersihkan').
2
Pasangkan plag di soket dinding.
3
Masukkan pengumpul jus ke dalam perkakas (1) dan letakkan bekas pulpa ke dalam perkakas
dengan menyondongkannya sedikit ke depan (2). Sisipkan hujung atas dahulu kemudian tolak
masuk hujung bawah. (Gamb. 2)
Sementara memerah jus, anda boleh mengosongkan bekas pulpa dengan menghidupkan perkakas
dan mengeluarkan bekas pulpa dengan berhati-hati.
Nota: Pasangkan semula bekas pulpa yang kosong sebelum anda meneruskan pemerahan.
4
Pasang penuras ke dalam pengumpul jus (1) dan pegang tudungnya di atas penuras dan
turunkannya ke tempatnya (2). (Gamb. 3)
,
Pastikan penuras dipasang dengan kukuh ke dalam aci pemacu ('klik').
Periksa turas setiap kali sebelum digunakan. Jika anda mengesan apa-apa retak atau kerosakan,
jangan gunakan perkakas. Hubungi pusat servis Philips yang terdekat atau bawa perkakas ke wakil
pengedar anda.
5
Ketapkan kedua-dua pengapitnya pada tudung untuk menguncinya ke tempatnya ('klik') (1)
dan luncurkan penolak ke dalam tiub suapan dengan menjajarkan alur di dalam penolak
dengan bonjolan kecil di bahagian dalam tiub suapan (2). (Gamb. 4)
Pastikan pengapit terkunci pada kedudukannya di kedua-dua sisi tudung.
,
6
Letakkan jag jus di bawah muncung. (Gamb. 5)
Letakkan tudung di atas jag jus untuk mengelakkan percikan atau jika anda ingin menyimpan jus di
dalam peti sejuk.
,
Untuk memisahkan busa daripada jus apabila menuang jus ke dalam gelas, sisipkan pemisah
busa dengan meluncurkannya ke dalam jag jus. (Gamb. 6)
Perhatian: Jika anda mahukan minuman dengan lapisan busa, jangan gunakan pemisah busa!
Menggunakan perkakas
Perkakas hanya akan berfungsi jika semua bahagian terpasang dengan betul dan tudung terkunci
secara betul pada kedudukannya dengan pengapit.
1
Basuh buah-buahan dan/atau sayuran dan potongkan kepada bahagian-bahagian yang dapat
muat ke dalam tiub suapan. (Gamb. 7)
2
Pastikan jag jus sudah diletakkan di bawah muncung.
3
Hidupkan perkakas dengan memutarkan tombol kawalan ke seting 1 (kelajuan rendah)
ataupun 2 (kelajuan biasa). (Gamb. 8)
-
Kelajuan 1 sesuai khususnya untuk buah-buahan dan sayuran lembut seperti tembikai, anggur,
tomato, timun dan raspberi.
-
Kelajuan 2 sesuai untuk semua jenis buah-buahan dan sayuran.
4
Masukkan potongan buah atau sayur tadi ke dalam tiub suapan dan tekan perlahan-lahan ke
arah turas yang berputar dengan menggunakan penolak. (Gamb. 9)
Jangan tekan penolak dengan terlalu kuat, kerana ini boleh menjejaskan mutu hasil akhir malah boleh
juga menyebabkan turas terhenti.
All manuals and user guides at all-guides.com
BAHASA MELAYU
27