K
Penyenggaraan dan
penjagaan
Penyelenggaraan dan kerja servis mesti
sentiasa dilakukan apabila peralatan telah sejuk
dan telah diputuskan daripada bekalan kuasa.
Habuk perlu dibersihkan dari papan seterika
pada setiap bulan bagi menjamin fungsi ventilasi.
L
Pelupusan
Tolong jangan lupuskan peranti
bersama-sama sisa isi rumah.
Jika anda perlu melupuskan
peralatan anda, ia harus dijadikan
tidak berfungsi (cth. memutuskan kord dan palam)
kemudian lupuskan menurut peraturan semasa.
Pihak berkuasa tempatan anda boleh memberikan
maklumat diperlukan.
Lupuskan pembungkusan dengan betul.
M
Waranti
Dalam urusan jaminan dan perkhidmatan,
sentiasalah berhubung dengan Khidmat Pelanggan
Leifheit. (Butiran untuk dihubungi boleh didapati
dalam halaman 118)
Produk berkualiti ini datang dengan waranti
Leifheit AG selama 5 tahun bermula dari tarikh
pembelian (untuk pembelian secara pesanan,
tarikh produk diterima). Tuntutan waranti
setelah kerosakan ditemukan hendaklah dibuat
dalam waktu yang mana waranti tersebut
masih berlaku. Waranti ini merangkumi tentang
keadaan produk tersebut.
Tidak termasuk dalam Jaminan:
1. Kehausan alat yang disebabkan oleh
penggunaan atau faktor semula jadi.
2. Kerosakan akibat penggunaan yang tidak
betul atau cara kendalian (contonya diketuk,
terhentak, terjatuh).
3. Kerosakan akibat tidak memberi perhatian
pada maklumat penggunaan yang disertakan.
Dalam keadaan yang mana waranti diberi,
Leifheit akan menjamin sama ada pembaikan
bahagian yang rosak ataupun penukaran produk
tersebut. Jika pembaikan tidak dapat dilakukan
dan produk yang serupa tidak lagi terdapat
dalam rangkaian produk kami, anda akan
mendapat produk ganti yang sehampir mungkin
nilainya.
Pembayaran balik harga pembelian tidak
termasuk dalam jaminan. Tuntutan mengganti
alat yang rosak tidak termasuk dalam waranti.
Sebarang tuntutan waranti hendaklah dilakukan
dengan menyerahkan produk yang rosak beserta
resit pembelian (salinan) kepada penjual asal
alat tersebut.
Waranti ini sah untuk seluruh dunia.
Hak anda dari segi undang-undang, terutama
sekali hak untuk jaminan, akan terus berlaku dan
tidak akan berkurangan kerana jaminan ini.
Sila lawati laman web kami untuk lebih maklumat
tentang syarat-syarat jaminan: www.leifheit.de.
123