Bahasa Malaysia
Maklumat hak cipta
TP-3084-ML-V02 ©2021 Promethean Limited. Semua hak cipta terpelihara.
Semua perisian, sumber, pemacu dan dokumentasi yang dibekalkan dalam muat turun Promethean ActivInspire adalah hak cipta
Promethean Limited 2021. Promethean memberikan lesen untuk memasang dan menggunakan perisian Promethean
ActivInspire, termasuk mana-mana sumber, pemacu dan dokumentasi yang dibekalkan dalam muat turun. Rujuk perjanjian lesen
untuk maklumat mengenai terma dan syarat lesen ini.
Promethean ialah pemilik sebilangan tanda dagangan dalam beberapa bidang kuasa di seluruh dunia. Produk Promethean
didokumenkan dalam panduan ini termasuk aspek yang dilindungi di bawah undang-undang paten, hak cipta, hak cipta reka
bentuk, reka bentuk berdaftar dan tanda dagangannya masing-masing.
VESA ialah tanda berdaftar Video Electronics Standards Association.
Apple merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Apple, Inc. di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Windows ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan negara-negara
yang lain. Linux ialah tada dagangan berdaftar bagi Linus Torvalds di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Semua tanda dagangan lain kekal sebagai harta pemiliknya masing-masing.
Panduan ini diedarkan di dalam talian. Panduan ini hanya boleh dikeluarkan semula untuk kegunaan dalam institusi tempat produk
digunakan. Untuk kegunaan di luar institusi anda, tiada bahagian daripada panduan ini yang boleh dikeluarkan semula, dihantar,
disimpan dalam sistem dapatan semula atau diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa yang lain tanpa kebenaran awal
Promethean Limited.
Sila ambil perhatian bahawa kandungan dalam panduan ini dilindungi di bawah undang-undang hak cipta. Walaupun setiap
langkah penjagaan telah diambil sewaktu penyusunan panduan ini, Promethean Limited tidak bertanggungjawab ke atas
kesalahan atau ketinggalan, atau untuk kerosakan yang berakibat daripada penggunaan maklumat yang terkandung dalam
halaman yang berikut.
Pematuhan
Amerika Syarikat
Peralatan ini telah diuji dan didapati mematuhi had bagi peranti digital Kelas B, selari dengan bahagian 15 bagi Peraturan FCC.
Had-had ini direka untuk memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap gangguan berbahaya apabila peralatan ini
dikendalikan dalam persekitaran komersial. Peralatan ini menjana, menggunakan dan boleh memancarkan tenaga frekuensi radio
dan sekiranya tidak dipasang dan digunakan menurut manual arahan, boleh menyebabkan gangguan berbahaya kepada
komunikasi radio. Pengendalian peralatan ini di kawasan kediaman berkemungkinan menyebabkan gangguan berbahaya yang
dalam kes ini pengguna akan perlu untuk membetulkan gangguan tersebut dengan sendiri.
Jangan buat apa-apa perubahan atau pengubahsuaian kepada peralatan.
Kanada
Barangan digital Kelas B ini mematuhi ICES-003 Kanada.
Cet appareil numérique de la classe B est conforme à la norme NMB-003 du Canada.
ActivPanel Titanium Quick Install Guide
Istilah HDMI, HDMI High-Definition Multimedia Interface dan Logo HDMI adalah tanda dagangan
atau tanda niaga berdaftar HDMI Licensing Administrator, Inc.
47