1. Dengan bahagian kelabu pelindung kepala menghala ke luar,
masukkan setiap hujung jalur pelindung di atas penstabil melalui
lubang butang.
2. Ketatkan pelindung kepala dengan menarik lubang butang di bahagian
hujung penstabil.
3. Pegang bingkai topeng, tarik alat di kepala sedikit untuk memastikan ia
dipasang dengan selamat. Pastikan bahawa tali alat di kepala tidak
berpintal.
4. Selaraskan takuk dalam kusyen kepada tab pada bingkai topeng. Tolak
satu bahagian kusyen dengan kemas ke dalam bingkai dan ulang pada
bahagian lagi satu. Tolak semua hujung kusyen ke dalam bingkai untuk
memastikan hujungnya benar-benar rata.
5. Sambungkan tiub AirMini pada modul bolong dengan menolak
hujungnya bersama-sama dan memusingnya sehingga ia terkunci di
tempatnya.
6. Bagi menambah pelembapan pilihan, sisipkan HumidX/HumidX Plus ke
dalam modul bolong. Sambungkan tiub topeng pada modul bolong
dengan menolak hujungnya bersama-sama dan memusingnya
sehingga ia terkunci di tempatnya.
Membersihkan topeng anda
Ikut arahan pembersihan dalam buku panduan ini untuk mengekalkan
prestasi dan keselamatan topeng.
AMARAN
• Bersihkan topeng dan komponen anda selalu untuk menerima
terapi optimum dan bagi menghalang pertumbuhan kuman yang
boleh menjejaskan kesihatan anda.
• Periksa HumidX/HumidX Plus dengan kerap dan ikut arahan
penyelenggaraan dan pembersihan untuk mencegah
pertumbuhan kuman yang boleh memberi kesan buruk kepada
kesihatan anda.
• Sentiasa ikut arahan pembersihan dan hanya gunakan pencuci
cecair yang lembut. Sesetengah produk pembersihan boleh
merosakkan topeng, sesetengah bahagian dan fungsinya, atau
meninggalkan wap sisa berbahaya yang boleh dihidu jika tidak
dibilas dengan betul. Jangan gunakan mesin basuh pinggan
mangkuk atau mesin basuh untuk membersihkan topeng.
8