Philips PerfectCare Elite GC9600 Serie Mode D'emploi page 23

Masquer les pouces Voir aussi pour PerfectCare Elite GC9600 Serie:
Table des Matières

Publicité

Penyeterikaan menegak
Stim panas akan keluar daripada seterika. Jangan sekali-kali singkirkan kedut daripada pakaian
yang sedang dipakai. Jangan kenakan stim berdekatan tangan anda sendiri atau orang lain.
Anda boleh menggunakan seterika dalam keadaan menegak untuk menyingkirkan kedut daripada
baju yang digantung.
1
Jenis tertentu sahaja: pakai sarung tangan.
2
Pegang seterika dalam posisi menegak, tekan picu stim dan sentuhkan pakaian dengan lembut
pada plat tapak (Gamb. 5).
Tetapan ECO
Semasa menyeterika, anda boleh gunakan tetapan ECO untuk menjimatkan tenaga, tetapi masih
memiliki aliran stim yang cukup untuk menyeterika semua pakaian anda.
Nota: Untuk mendapat hasil terbaik, kami nasihatkan anda agar menggunakan tetapan 'OptimalTemp'.
1
Tekan butang ECO. (Gamb. 6)
Lampu butang ECO menyala hijau.
,
2
Untuk bertukar kembali kepada tetapan 'Optimal Temp', tekan butang ECO sekali lagi.
Lampu hijau pada butang ECO terpadam.
,
Tetapan TURBO
Anda boleh menggunakan tetapan TURBO untuk menyeterika lebih cepat dan jumlah stim yang
lebih tinggi. Anda juga boleh menggunakannya untuk penyeterikaan menegak.
Nota: Memandangkan fungsi TURBO menghasilkan jumlah stim yang tinggi, hos bekalan mungkin
menjadi lebih panas berbanding pada tetapan OptimalTemp dan ECO. Ini perkara biasa.
1
Tekan dan tahan butang hidup/mati selama 2 saat hingga lampu bertukar putih. (Gamb. 7)
Lampu 'seterika sedia' pada seterika dan lampu TURBO putih pada butang hidup/mati mula
,
berkelip bagi menandakan bahawa seterika sedang dipanaskan kepada tetapan TURBO.
Ini mengambil masa sehingga 2 minit.
2
Untuk kembali kepada tetapan 'Optimal Temp', tekan dan tahan butang hidup/mati selama
2 saat sehingga lampu bertukar biru sekali lagi.
Mod auto mati keselamatan
-
Untuk menjimatkan tenaga, perkakas akan mati secara automatik apabila ia tidak digunakan
selama 10 minit. Lampu auto mati pada butang hidup/mati akan mula berkelip (Gamb. 8).
-
Untuk mengaktifkan semula perkakas, tekan butang hidup/mati. Kemudian perkakas mula
memanas kembali.
Nota: Perkakas tidak akan mati sepenuhnya apabila ia dalam mod auto mati. Untuk mematikan
perkakas, tekan butang hidup/mati.
BAHASA MELAYU
23

Publicité

Table des Matières
loading

Ce manuel est également adapté pour:

Perfectcare elite gc9650/80

Table des Matières