pembersihan dan penyelenggaraan
Membersihkan timba habuk dan unit silinder penuras
Anda hendaklah mencabut plag perkakas setiap kali anda hendak mengosongkan timba habuk.
Timba habuk tidak selamat mesin basuh pinggan.
Kosongkan timba habuk sebaik sahaja paras habuk telah mencapai cakera bulat bekas silinder
penuras.
1
Matikan perkakas dan keluarkan plag sesalur kuasa daripada soket dinding.
2
Untuk menanggalkan hos, tekan butang pelepas (1) dan tarik hos keluar daripada perkakas
(2) (Gamb. 26).
3
Untuk membuka kunci penutup, tekan butang pelepas penutup. Ayunkan penutup supaya
terbuka.
4
Angkat timba habuk keluar daripada perkakas (Gamb. 27).
5
Tekan butang pelepas unit silinder penuras pada pemegang timba (1) dan keluarkan unit
silinder penuras (2) (Gamb. 28).
6
Pegang timba habuk di atas bakul sampah dan kosongkannya (Gamb. 29).
7
Bersihkan timba habuk dengan air paip yang sejuk dan sedikit cecair pencuci pinggan.
8
Jika anda hendak membersihkan unit silinder penuras, keluarkan silinder penuras daripada
bekas silinder penuras. Putar pemegang pada bahagian atas silinder penuras melawan arah jam
(1) dan angkat silinder penuras keluar daripada bekas (2). (Gamb. 30)
9
Untuk membersihkan silinder penuras, ketuk ia dengan lembut pada bakul sampah untuk
melepaskan semua habuk halus daripada silinder penuras. (Gamb. 31)
-
Jika anda terus-terusan gagal untuk membersihkan silinder penuras selepas kali selepas
menggunakannya, silinder penuras akan tersumbat dengan kotoran dan kuasa sedutan akan
berkurangan mengikut masa. Jika ini berlaku, keluarkan sumbatan silinder penuras dengan cara
berikut:
1 Pegang silinder penuras di atas bakul sampah.
2 Bersihkan dengan berus pembersih yang dibekalkan. Berus dengan lembut mulai bahagian atas
penuras arah ke bawah sepanjang rusuk penuras (Gamb. 32).
Hanya gunakan berus pembersih yang datang bersama perkakas. Berus yang lain mungkin akan
merosakkan silinder penuras.
Silinder penuras tidak kalis air dan tidak boleh dibersihkan menggunakan air, agen pembersih atau
bahan yang mudah terbakar.
Nota: Pembersihan tidak akan mengembalikan warna asal penuras, namun ia akan mengembalikan
kuasa turasannya.
10
Untuk membersihkan bekas silinder penuras, gunakan kain kering atau berus pembersih yang
dibekalkan. Anda juga boleh membersihkannya dengan air paip yang sejuk dan sedikit cecair
pencuci pinggan (Gamb. 33).
-
Jangan bersihkan bekas silinder penuras dengan silinder penuras di dalamnya di bawah paip
kerana silinder penuras tidak kalis air (Gamb. 34).
11
Kembalikan silinder penuras ke dalam bekas silinder penuras (1) dan putarkannya mengikut
arah jam untuk mengetatkannya (2) ('klik') (Gamb. 35).
Pastikan bahawa bekas silinder penuras adalah kering sebelum anda memasukkan semula silinder
penuras ke dalamnya.
Bahasa MElayu
59