Menyelesaikan masalah
Jika masalah timbul dengan alat pendandan anda dan anda tidak dapat
menyelesaikannya dengan menurut panduan di bawah, sila hubungi pusat
perkhidmatan Philips terdekat atau Pusat Layanan Pelanggan Philips dalam
negara anda.
Masalah
Alat ini tidak
berfungsi
langsung.
Penyelesaian
Mungkin berlaku gangguan bekalan kuasa atau soket
tidak hidup. Periksa jika bekalan kuasa berfungsi. Jika
ia berfungsi, pasangkan plag perkakas ke dalam soket
untuk memeriksa sama ada soket tersebut hidup.
Mungkin anda tidak menghidupkan perkakas. Pastikan
plag perkakas dipasang. Kemudian pilih tetapan yang
dikehendaki untuk menghidupkan perkakas.
Perkakas mungkin terlampau panas dan mati dengan
sendiri. Cabut plag perkakas dan biarkan ia menyejuk
selama beberapa minit. Sebelum menghidupkannya
sekali lagi, periksa gril untuk memastikan ia tidak
tersumbat dengan bulu halus, rambut, dll.
Perkakas mungkin tidak bersesuaian dengan kuasa
voltan yang bersambung dengannya. Pastikan voltan
yang diberikan pada perkakas berpadanan dengan
kuasa voltan utama setempat.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh
Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips atau
pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
BaHasa MElayu
5