-
Perkakas ini dimaksudkan untuk digunakan dalam rumah tangga dan aplikasi yang serupa seperti:
-
kawasan dapur kakitangan di kedai, pejabat dan persekitaran kerja;
-
kediaman di ladang;
-
oleh klien di hotel, motel dan persekitaran penginapan yang lain;
-
persekitaran jenis inap-sarapan..
Pematian automatik
Untuk kemudahan dan keselamatan tambahan anda, perkakas ini telah disediakan dengan fungsi
pematian automatik. Apabila anda memasukkannya ke dalam soket dinding buat kali pertama,
perkakas dan lampu kuasa akan menyala. Dalam keadaan ini, perkakas akan mati dengan sendirinya
dalam masa kira-kira 30 saat.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Bersedia untuk menggunakannya
1
Letak perkakas di atas permukaan yang rata dan stabil.
2
Masukkan plag ke dalam soket dinding yang dibumikan.
Kemungkinan perkakas dihidupkan (lampu menyala) apabila anda memasukkan plag ke dalam soket
dinding. Jika ini benar, perkakas tidak boleh dimatikan secara manual, tetapi akan dimatikan secara
automatik selepas lebih kurang 30 saat (lampu padam).
Anda boleh menyimpan kord yang berlebihan dengan menolaknya ke dalam bukaan di
,
belakang pembancuh kopi (Gamb. 2).
Elakkan kord dari menyentuh permukaan panas.
Membilas perkakas
1
Isikan tangki air setengah penuh dengan air dan letakkan jag di tempatnya. (Gamb. 3)
2
Hidupkan perkakas dengan menekan butang hidup kuasa. Lampu tetap menyala. Biarkan
perkakas berjalan sehingga tangki air benar-benar kosong (Gamb. 4).
Perkakas mematikan dirinya secara automatik selepas berkumbah.
,
3
Biarkan perkakas menjadi sejuk selama 3 minit sebelum anda mula membancuh kopi.
Menggunakan perkakas
Menjerang kopi
1
Isikan tangki air dengan air (Gamb. 5).
Penyenggatan di sebelah kiri adalah untuk cawan besar (120 ml) (Gamb. 6).
,
Penyenggatan di sebelah kanan adalah untuk cawan kecil (80 ml).
,
2
Buka pemegang penuras (Gamb. 7).
3
Ambil turas kertas (jenis 1x4 atau no. 4) dan lipat pinggir berkedap supaya tidak terkoyak dan
terlipat (Gamb. 8).
4
Masukkan turas ke dalam pemegang turas (Gamb. 9).
Nota: Sesetengah versi dilengkapi turas kekal. Bagi versi ini, anda tidak perlu menggunakan turas kertas.
5
Masukkan kopi yang sudah dikisar (kisaran halus ditapis) ke dalam turas (Gamb. 10).
-
Bagi cawan besar: gunakan satu sudu penyukat penuh serbuk kopi bagi setiap cawan.
-
Bagi cawan kecil: gunakan satu sudu penyukat rata serbuk kopi bagi setiap cawan.
All manuals and user guides at all-guidesbox.com
BaHasa MElayu
27