BaHasa MElayu
26
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Pengering rambut ini adalah sebahagian daripada keluaran Philips Salon
Compact yang baru dan telah direka bentuk untuk memberikan anda
pengeringan yang selesa. Ia mempunyai reka bentuk ergonomik yang
ringan dan dengan itu, mudah digunakan. Aliran udara yang kuat
mengeringkan rambut anda dengan cepat, menjadikan rambut anda
berkilau, kelihatan banyak dan mempunyai kekayaan yang anda sukai.
Perihalan umum (gamb. 1)
a
Gril alur masuk udara
B
Suis rocker dengan 2 tetapan haba/kelajuan dan kedudukan matikan
(off)
C
Penumpu
d
Pembaur isi padu (HP4847 sahaja)
E
Butang pancutan dingin (HP4845 sahaja)
Penting
Baca buku panduan pengguna ini dengan teliti sebelum anda
menggunakan perkakas dan simpannya untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jauhkan perkakas dari air. Jangan gunakannya berdekatan atau di atas
air yang bertakung di dalam tab mandi, besen basuh, sinki, dll. Apabila
digunakan di dalam bilik air, cabut plag perkakas selepas digunakan. Air
yang berdekatan merupakan risiko biar pun perkakas sudah dimatikan.
-
Jangan masukkan objek logam ke dalam gril udara untuk mengelakkan
kejutan elektrik.
amaran
-
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan
dengan voltan sesalur kuasa setempat sebelum anda menyambungkan
perkakas.
All manuals and user guides at all-guides.com