BAHASA MELAYU
24
Daftar kandungan
Pengenalan
Perihalan umum
Penting
Bersedia untuk menggunakan
Menggunakan perkakas
Pembersihan
Penyimpanan
Penggantian
Kitar semula
Jaminan dan sokongan
Penyelesai Masalah
Spesifikasi
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Dengan InfraPhil, anda boleh merawat masalah otot dan sendi, dan meredakan kesakitan pada otot dan
sendi dengan selesa di rumah. Sama seperti matahari, perkakas ini memancarkan cahaya inframerah.
Penuras khasnya hanya menyalurkan jenis cahaya yang diperlukan untuk mencapai kesan terapeutik
yang dikehendaki. InfraPhil juga dapat digunakan untuk bersantai atau persediaan untuk urutan.
Perihalan umum (Gamb. 1)
1
Lampu
2
Bingkai lampu
3
Tapak
4
Kemudahan penyimpanan kord
5
Kord sesalur kuasa
6
Penunjuk hidup/mati
Penting
Am
-
Simbol pada InfraPhil mempunyai maksud berikut:
1
Simbol ini membari amaran kepada anda mengenai permukaan yang panas (Gamb. 2).
2
Simbol ini menunjukkan bahawa anda perlu membaca manual pengguna ini dengan berhati-hati
sebelum anda menggunakan perkakas. Simpan manual pengguna untuk rujukan masa
hadapan (Gamb. 3).
3
Simbol ini menunjukkan bahawa perkakas ini didwitebatkan (Kelas II) (Gamb. 4).
-
Perkakas ini memenuhi keperluan Arahan Alat Perubatan MDD93/42/EEC.
Bahaya
-
Air dan eletrik adalah kombinasi yang berbahaya! Jangan gunakan perkakas ini di dalam persekitaran
yang basah (contohnya di dalam bilik air atau berhampiran dengan pancuran atau kolam mandi).
-
Jangan benarkan air memasuki perkakas atau tumpahkan air ke atas perkakas.
All manuals and user guides at all-guides.com
24
24
24
26
26
27
27
28
28
28
28
29