Bahasa MElayu
40
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori perkakas ini, sila lawati kedai dalam talian kami di
www.shop.philips.com/service. Jika kedai dalam talian tidak tersedia di
negeri anda, pergi ke pembekal Philips atau pusat khidmat Philips. Jika anda
menghadapi kesukaran untuk mendapatkan aksesori bagi perkakas anda,
sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda. Anda boleh
mendapati nombor telefonnya dalam risalah jaminan sedunia.
alam sekitar
-
Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir
hayatnya, sebaliknya serahkan ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar
semula. Dengan berbuat demikian, anda membantu memelihara alam
sekitar.
-
Bateri boleh cas semula terbina dalam mengandungi bahan yang
boleh mencemarkan alam sekitar. Pastikan anda mengeluarkan bateri
sebelum membuang atau menyerahkan perkakas di pusat pungutan
rasmi. Buang bateri ini di pusat pungutan rasmi bagi bateri. Jika anda
menghadapi masalah untuk mengeluarkan bateri, anda juga boleh
membawa perkakas ini ke pusat servis Philips. Kakitangan pusat ini akan
mengeluarkan bateri ini untuk anda dan akan membuangnya dengan
cara yang selamat bagi alam sekitar.
Mengeluarkan bateri boleh cas semula
Hanya keluarkan bateri boleh cas semula apabila ia betul-betul habis.
1
Cabut plag perkakas dari sesalur kuasa dan biarkan perkakas berjalan
sehingga motornya berhenti.
2
Masukkan pemutar skru dalam ruang rambut untuk memisahkan
bahagian perumah.
3
Potong wayar yang berhampiran dengan bateri dengan sepasang
gunting rumah.
4
Keluarkan bateri boleh cas semula.
Jangan sambung perkakas kepada sesalur kuasa semula setelah anda
membukanya.