a) Jika menggunakan corong mulut, pegang pemegang dalam tangan anda dan letakkan
12
corong mulut di antara gigi-gigi anda, dengan bibir anda menutup sekelilingnya. Bernafas
seperti biasa melalui mulut.
b) Jika menggunakan topeng, pegang pemegang dalam tangan anda dan lekapkan topeng
dengan perlahan ke muka anda dan bernafas seperti biasa melalui mulut.
Semasa penggunaan, sedikit aerosol akan terbebas melalui belakang set corong mulut.
Topeng-topeng dengan penyesuai bersudut tepat tidak boleh digunakan bersama alat ini.
Jangan condongkan alat ini ke mana-mana arah lebih daripada 45 darjah sepanjang
tempoh rawatan kerana ini menghalang nebulizer daripada menyembur semua ubat dalam
ruang ubat sehingga habis.
Jika anda perlu rehat, tekan butang on/off untuk menghentikan rawatan. Untuk
13
menyambung rawatan, tekan butang on/off sekali lagi.
Rawatan anda selesai apabila nebulizer berbunyi dan LED berkelip. Alat ini akan dimatikan
14
secara automatic.
Periksa ruang ubat untuk baki ubat. Jika terdapat lebih daripada beberapa
15
titik lebihan ubat, tekan butang on/off sekali lagi untuk meneruskan rawatan.
Bersihkan nebulizer mengikut arahan-arahan mencuci.
16
Mengecas bateri
Sambung penyesuai bekalan kuasa ke soket di
belakang pemegang.
Pasang penyesuai kuasa di hujung satu lagi ke outlet di dinding.
LED akan BERDENYUT WARNA HIJAU.
Cas bateri sehingga LED bertukar menjadi HIJAU PADU
menandakan ia telah dicas penuh.
50
Cabut palam penyesuai bekalan kuasa dari pemegang dan outlet dinding. Anda disyorkan
supaya mencabut palam bekalan kuasa setelah bateri dicas penuh bagi mengekalkan
jangka hayat bateri.
Mencuci dan menyelenggara
Waspada
•
Jangan guna autoklaf untuk set corong mulut atau set tangan.
•
Jangan masukkan sebarang bahagian alat ini dalam ketuhar gelombang mikro atau
ketuhar konvensional.
•
Jangan celup pemegang dalam cecair atau cuci dengan wap.
•
Jangan cucuk atau cuci jaringan dengan sebarang objek tajam kerana ia boleh
merosakkan jaringan.
•
Jangan cuci alat ini semasa digunakan.
•
Cabut sumber bekalan kuasa ke alat sebelum di cuci
Mencuci
Selepas setiap kegunaane:
•
Buang semua baki ubat daripada ruang ubat.
•
Tekan butang pelepas set corong mulut untuk memisahkan set corong mulut daripada pemegang.
•
Bilas set corong mulut dengan teliti di bawah air paip yang mengalir.
•
Goncang bagi membuang lebihan air dan biarkan kering sepenuhnya sebelum disimpan.
Cucian harian
•
Basuh set corong mulut menggunakan tangan dalam semangkuk air suam bersabun
(sabun cecair pencuci pinggan).
•
Bilas set corong mulut dengan teliti di bawah air paip yang mengalir.
•
Goncang bagi membuang lebihan air dan biarkan kering sepenuhnya sebelum disimpan.
Disinfeksi mingguan
AWAS: Risiko melecur. Berhati-hati menggunakan alat ini dekat air mendidih dan semasa
mengendali bahagian-bahagian yang panas.
•
Rebus set corong mulut dalam air selama
10 minit. Pastikan tudung ruang ubat dibuka
dan terdapat air yang cukup dalam bekas untuk
mengelak set corong mulut daripada menyentuh
dasar bekas atau mendidih sehingga kering.
Goncang bagi membuang lebihan air dan
biarkan kering sepenuhnya sebelum disimpan.
51