Bahasa MElayu
62
4
Gerakkan hujungnya secara perlahan-lahan
ke dalam dan keluar sambil memusing-
musingkannya pada masa yang sama untuk
mencukur bulu yang tidak dikehendaki.
Untuk mengurangkan kesan rasa geli, pastikan anda
menekan tepi hujungnya pada kulit dengan kukuh.
Merapikan bulu telinga
1
Pasangkan perapi hidung/telinga ke atas
pemegang.
2
Bersihkan saluran telinga luar. Pastikan ia bebas
daripada tahi telinga.
3
Hidupkan perkakas dan gerakkan hujungnya
dengan lembut mengelilingi telinga untuk
mencukur bulu yang terjulur keluar melebihi
tepi telinga.
4
Masukkan hujungnya secara perlahan-lahan ke
dalam saluran telinga luar.
Jangan masukkan hujungnya lebih daripada 0.5sm ke
dalam saluran telinga kerana ini boleh merosakkan
gegendang telinga.
Pembersihan
Jangan sekali-kali gunakan udara termampat, pad
penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair
yang agresif seperti alkohol atau aseton untuk
membersihkan perkakas.
Pastikan penyesuai sentiasa kering.
Bersihkan perkakas setiap kali selepas digunakan.
Perkakas ini adalah kalis air, jadi pemegang, sikat, dan
alat tambahan boleh dicuci dengan mudah dengan
air paip.