BAHASA MELAYU
26
26
Penjimatan tenaga - Mod ECO
Dengan mod ECO (pengurangan jumlah stim), anda boleh menjimatkan tenaga tanpa mengurangkan
hasil penyeterikaan.
Nota: Untuk masa penyeterikaan yang paling singkat, kami mengesyorkan supaya anda menggunakan
mod 'OptimalTemp'.
1
Tekan butang ECO apabila perkakas dihidupkan (Gamb. 4).
2
Untuk kembali ke mod 'OptimalTemp', tekan butang ECO sekali lagi.
Mod auto-mati keselamatan (jenis tertentu sahaja)
Untuk menjimatkan tenaga, penjana stim akan dimatikan secara automatik apabila ia tidak digunakan
selama 10 minit. Lampu pada butang hidup/mati akan mula berkelip.
Untuk mengaktifkan semula penjana stim, tekan butang hidup/mati.
PENTING - pembersihan dan penyelenggaraan
Menanggalkan kerak perkakas
Apabila lampu DE-CALC berkelip, lakukan prosedur penanggalan kerak. Ini membantu
memanjangkan jangka hayat perkakas dan mengoptimumkan prestasi penyeterikaan.
Jika air anda sangat liat, tingkatkan kekerapan menanggalkan kerak.
Untuk mengelakkan sebarang risiko kelecuran, pastikan palam perkakas telah ditanggalkan
sekurang-kurangnya selama 2 jam dan sejuk sepenuhnya.
Petua: Apabila anda melakukan prosedur membuang kerak, letakkan perkakas di hujung meja atau
berdekatan singki. Air mungkin mengalir keluar dari perkakas apabila tombol EASY DE-CALC dibuka.
1
Pegang sebuah cawan di bawah tombol EASY DE-CALC dan putarkan tombol itu melawan
arah jam. (Gamb. 5)
2
Alihkan tombol EASY DE-CALC dan biarkan air bersama zarah-zarah halus mengalir ke
dalam cawan (Gamb. 6).
3
Apabila tiada lagi air mengalir keluar dari perkakas, masukkan semula tombol EASY DE-CALC
dan ketatkannya. (Gamb. 7)
Menanggalkan kerak plat tapak
Jika anda tidak menanggalkan kerak perkakas anda dengan kerap, anda mungkin melihat kotoran
perang keluar dari plat tapak disebabkan oleh partikel kerak. Tanggalkan kerak plat tapak dengan
mengikuti prosedur di bawah. Kami mengesyorkan supaya anda mengulangi prosedur ini sebanyak
dua kali untuk hasil yang lebih baik.
1
Pastikan perkakas sejuk dan bersihkan plat tapak dengan kain lembap.
2
Kosongkan tangki air melalui pintu pengisian. Condongkan perkakas dan keluarkan tombol
EASY DE-CALC. Tuangkan 500ml air suling ke dalam bukaan DE-CALC dan ketatkan tombol
EASY DE-CALC. (Gamb. 8)
3
Hidupkan perkakas dan tunggu selama 5 minit.
4
Pastikan pencetus stim ditekan secara berterusan semasa anda menyeterika sehelai kain tebal
dalam gerakan ke hadapan dan ke belakang selama 3 minit. (Gamb. 9)
Air kotor dan panas keluar dari plat tapak.
4239_000_9427_1_DFU-Booklet_A5_v1_new.indd 26
10/28/14 10:42 AM