Philips AVENT SCF330 Mode D'emploi page 22

Masquer les pouces Voir aussi pour AVENT SCF330:
Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 37
Awas
-
Pam susu badan hanya dimaksudkan untuk digunakan berulang-ulang oleh pengguna yang sama.
-
Jangan sekali-kali menjatuhkannya atau memasukkan objek asing ke dalam mana-mana bukaan.
-
Jangan sekali-kali gunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada pengilang lain atau yang
tidak disyorkan secara khusus oleh Philips Avent.
-
Basuh, bilas dan nyahjangkit semua bahagian pam setiap kali sebelum menggunakannya.
-
Jangan gunakan agen antibakteria atau agen pembersih yang melelas untuk membersihkan
bahagian-bahagian pam susu badan.
-
Jangan teruskan mengepam selama lebih daripada lima minit pada satu masa jika anda tidak
berjaya memerah susu.
-
Jika tekanan yang dijana tidak menyelesakan atau menyakitkan, pecahkan kedapan antara buah
dada dengan badan pam dengan jari anda dan tanggalkan pam dari buah dada anda.
Membuat persediaan untuk guna
Bersihkan dan nyahjangkit semua bahagian pam susu badan ini sebelum menggunakannya buat
pertama kali dengan cara (lihat 'Pembersihan dan penyahjangkitan') yang betul. Bersihkan semua
bahagian selepas setiap penggunaan yang seterusnya dan nyahjangkit semua bahagian sebelum
setiap penggunaan yang seterusnya.
Memasang pam susu badan
Nota: Pastikan anda telah membersihkan dan menyahjangkit semua bahagian pam susu badan ini.
Cuci tangan anda dengan sebersih-bersihnya sebelum anda mengendalikan bahagian yang telah
dibersihkan.
Amaran: Berhati-hati, bahagian-bahagian yang telah dibersihkan mungkin masih panas.
Hanya mula memasang pam susu badan apabila bahagian yang dibersihkan sudah sejuk.
Petua: Pam susu badan mungkin akan lebih mudah dipasang semasa ia basah.
1 Masukkan injap putih ke dalam badan pam dari bawah. Tolak injap seberapa dalam yang boleh (Raj. 2).
2 Pulas badan pam mengikut arah jam ke atas botol (Raj. 3) atau cawan simpanan (Raj. 4)
sehingga ia terpasang dengan ketat.
Nota: Jika anda menggunakan cawan simpanan, anda hendaklah memulas penyesuai ke atas
cawan simpanan dahulu (Raj. 4).
3 Masukkan diafragma silikon ke dalam badan pam dari atas. Pastikan diafragma terpasang
dengan kukuh di sekeliling bibir dengan menekan ke bawah dengan jari anda untuk memastikan
benar-benar kedap (Raj. 5).
4 Lekatkan pemegang kepada diafragma menggunakan batangnya dengan menyangkutkan
lubang pada pemegang ke hujung batang ini. Tolak pemegang ke bawah pada badan pam
sehingga ia berdetap di tempatnya (Raj. 6).
5 Masukkan kusyen tersebut ke dalam bahagian yang berbentuk corong pada badan pam (Raj. 7).
Tolak bahagian dalam kusyen urut sedalam yang mungkin dan pastikan ia terkedap sepenuhnya
di sekeliling bibir badan pam (Raj. 8). Tekan antara kelopak untuk mengeluarkan sebarang udara
yang terperangkap (Raj. 9).
Nota: Tempatkan penutup di atas kusyen urutan untuk mengekalkan kebersihan pam susu
badan sambil anda bersedia untuk memerah.
Amaran: Sentiasa gunakan pam susu badan dengan kusyen urut.
Bahasa Melayu
23

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières