BaHasa MElayu
-
Jika perkakas digunakan pada rambut yang dirawat warna, plat
pelurus mungkin kotor.
-
Jangan gunakan perkakas ini untuk sebarang tujuan selain daripada
meluruskan rambut manusia.
-
Suhu maksimum berlaku sebaik saja selepas ia menjadi panas. Suhu
sebenar semasa penggunaan mungkin lebih rendah.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan
medan elektromagnet (EMF). Jika dikendalikan dengan betul
dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat untuk
digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Menggunakan perkakas
Meluruskan rambut anda
Alat pelurus adalah alat pendandanan yang berkuasa dan mesti sentiasa
digunakan dengan berhati-hati. Seperti semua alat pelurus yang mencapai
suhu tinggi salon, jangan gunakan perkakas terlalu kerap untuk
mengelakkan rambut anda daripada menjadi rosak.
Jika anda menggunakan alat pelurus dengan cara yang salah, anda boleh
menyebabkan rambut anda menjadi terlampau panas atau malah
membakarnya. Sentiasa patuhi langkah di bawah:
1
Pasangkan plag di soket dinding.
Tetapkan suis hidup/mati ke 'on' (Gamb. ).
Lampu kuasa hidup menyala.
Biarkan perkakas memanas selama sekurang-kurangnya 60 saat.
Sikat atau berus rambut anda supaya ia kemas dan licin. (Gamb. )
Gunakan sikat untuk membahagikan rambut ke beberapa bahagian. Jangan
simpan terlalu banyak rambut dalam satu bahagian.
Nota: Lebih baik untuk mengasingkan bahagian atas kepala dan untuk
meluruskan rambut di bahagian bawah dahulu. Kemudian luruskan bahagian
atas.