BAHASA MALAYSIA
All manuals and user guides at all-guides.com
16
Pendahuluan
Alat pelurus Phillips Initial direka khas untuk pelurusan yang cepat dan
mudah. Alat pelurus Initialmempunyai masa pemanasan yang pendek agar
anda boleh memulakan pelurusan dengan cepat. Plat-plat bersalut seramik
memastikan peluncuran rambut yang mudah dan lancar. Sikat pada alat
melurus menawarkan lebih kemudahan dengan memandu rambut.
Gambaran umum (gamb. 1)
A
Kawasan hujung yang menyejukkan
B
Plat-plat bersalut seramik
C
Gelung menggantung
D
Lampu panduan 'Kuasa hidup'
Penting
Baca arahan-arahan ini dengan teliti sebelum menggunakan peralatan
dan simpan untuk rujukan masa depan.
HP4643 boleh digunakan pada AC 100-239 volt.
Untuk perlindungan tambahan, kami nasihatkan anda memasang
peralatan arus baki (RCD) dengan kadar arus baki beroperasi
tidak melebihi 30mA di dalam litar elektrik yang dibekalkan di
bilik air. Mintalah nasihat pemasang anda.
Jauhkan peralatan ini daripada air! Jangan gunakan produk ini
berhampiran atau atas air yang terkandung dalam tab mandi, sink
cuci tangan, sink, dsb.Apabila digunakan dalam bilik mandi,
tanggalkan peralatan selepas penggunaan kerana berhampiran air
boleh menimbulkan risiko, walaupun peralatan dimatikan.
Peralatan ini boleh menjadi sangat panas. Elakkan permukaan
panas peralatan bersentuh dengan tangan, mata, telinga, muka dan
leher. Jangan sentuh plat-plat melurus apabila peralatan
dihidupkan. Bahagian-bahagian plastik berhampiran plat-plat alat
melurus juga menjadi sangat panas semasa digunakan kecuali di
kawasan hujung yang menyejukkan.
Pastikan plat-plat alat melurus bersih dan bebas daripada habuk,
kotoran semburan menggaya dan gel. Jangan gunakan peralatan
bersama dengan mousse menggaya, semburan menggaya, gel dsb.