BaHasa MElayu
44
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Perihalan umum (gamb. 1)
1
Kepala perapian tepat
2
Suis hidup/mati
3
Tukup petak bateri
4
Tukup pelindung
5
Sikat perapian (2mm dan 4mm)
6
Alat tambahan perapian tepat
7
Berus pembersih
8
Penyepit
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti dan lihat ilustrasi sebelum anda
menggunakan perkakas. Simpan manual pengguna ini untuk rujukan masa
depan.
amaran
-
Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun dan
ke atas dan orang yang kurang keupayaan fizikal, deria atau mental,
atau kekurangan pengalaman dan pengetahuan jika mereka diberi
pengawasan dan arahan berkaitan penggunaan perkakas secara selamat
dan memahami bahaya yang mungkin berlaku.
-
Pembersihan dan penyelenggaraan tidak boleh dilakukan oleh kanak-
kanak kecuali mereka berumur lebih daripada 8 tahun dan diawasi.
-
Jauhkan perkakas dan kordnya jauh dari jangkauan kanak-kanak yang
berumur kurang daripada 8 tahun.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
awas
-
Jangan gunakan perapi tepat apabila elemen pemotong atau perapi
tepat itu rosak atau pecah, kerana ini boleh menyebabkan kecederaan.
-
Jangan gunakan perapi tepat atau penyepit bagi sebarang tujuan lain
daripada yang ditunjukkan dalam manual pengguna.
-
Jika perkakas didedahkan kepada perubahan besar dalam suhu, tekanan
atau kelembapan, biarkan ia menyesuai iklim selama 30 minit sebelum
anda menggunakannya.
-
Atas sebab-sebab kebersihan, perapi tepat dan penyepit hendaklah
digunakan oleh seorang sahaja.
-
Jalankan perkakas menggunakan hanya satu bateri AAA LR03 1.5V.
-
Gunakan dan simpan perapi tepat pada suhu antara 5°C hingga 35°C.
-
Keluarkan bateri daripada perkakas selepas penggunaan jika anda tidak
menggunakannya dengan tetap.
-
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang
melelas atau cecair yang agresif seperti petrol atau aseton untuk
membersihkan perkakas.