Huawei Sound Guide De Démarrage Rapide page 81

Table des Matières

Publicité

Les langues disponibles
  • FR

Les langues disponibles

  • FRANÇAIS, page 10
• Pastikan peranti jauh dari sumber haba dan api, seperti pemanas,
ketuhar gelombang mikro, dapur, pemanas air, radiator atau lilin.
• Jangan biarkan kanak-kanak atau binatang peliharaan menggigit
atau menghisap peranti atau aksesori. Membiarkannya boleh
menyebabkan kerosakan atau letupan.
• Patuhi semua langkah berjaga-jaga berkaitan dengan
keselamatan kanak-kanak. Membiarkan kanak-kanak bermain
dengan peranti atau aksesorinya mungkin berbahaya. Peranti
disertakan dengan bahagian yang boleh dicabut yang mungkin
menyebabkan bahaya tercekik. Jauhkan daripada kanak-kanak.
• Jangan biarkan pin atau benda logam tajam yang lain
bersentuhan dengan pembesar suara atau mikrofon untuk
mengelakkan kerosakan pada peranti atau mencederakan diri
anda.
• Jangan sentuh atau cucuk alur di kedua-dua sisi pembesar suara
dengan jari anda atau objek tajam.
• Jangan cuba untuk membuka pemasangan atau menghasilkan
semula peranti, memasukkan objek asing ke dalamnya atau
merendam serta mendedahkan ia kepada air atau cecair lain.
Berbuat demikian akan menyebabkan kebakaran atau bahaya-
bahaya lain.
• Untuk mengelakkan kerosakan litar dalaman peranti atau
pengecas, jangan gunakan peranti di tempat yang berdebu,
lembap atau kotor, atau berhampiran medan magnet.
• Plag kuasa bertujuan untuk memutuskan sambungan peranti.
• Untuk peranti yang boleh dipalam, salur keluar soket perlu
dipasang berhampiran peranti dan boleh diakses dengan mudah.
• Cabut palam penyesuai kuasa dari salur keluar elektrik dan
peranti semasa tidak digunakan.
• Sebelum anda membersihkan peranti, berhenti menggunakannya,
hentikan semua aplikasi dan putuskan sambungan semua kabel
kepadanya.
• Jangan letakkan kad jalur magnetik, seperti kad kredit dan kad
telefon, berhampiran peranti dalam tempoh masa yang lama. Jika
tidak, kad jalur magnetik mungkin rosak.
• Jangan lupuskan peranti dan aksesori dalam pelupusan sampah
isi rumah biasa. Lupuskan atau kitar semula peranti dan aksesori
anda mengikut undang-undang tempatan.
Maklumat pelupusan dan kitar semula
79

Publicité

Table des Matières
loading

Table des Matières